Wednesday, July 21, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI 10

muhasabah

penyelesaian masalah:5 hari
pengajarah:pengajarah saya susah untuk saya

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI 9

nasi ambeng

Assalamualaikum........

Kali ni aku nak citer psl makanan. Teruja bila teringat pasal Nasi Ambang. Mungkin ramai tertanya2 apakah nasi ambang tu? Nasi ambang merupakan sebuah makanan orang jawa. Di kalangan orang jawa, ia dikenali sebagai Nasi Ambeng. Biasanya, ia dihidangkan masa kenduri arwah di perkampungan orang jawa. Sebenarnya, tujuan asal nasi ambang ni disediakan hanyalah utk tetamu mengalas perut sahaja kerana tetamu akan bawak balik bungkusan makanan yg akan diberikan kepada kaum keluarga tetamu. Tapi sekarang ramai yang jadikan Nasi Ambang sebagai medium perpaduan. Satu usaha yg murni.



Resipi dan penyediaan nasi ambang boleh dikatakan senang gakla. Mungkin yang payahnya sekarang ialah utk mencarik dulang bulat yg lebih senang aku panggil talam jawa. Huhu. Tak banyak kedai yg jual talam jawa ni. Walaupun penyediaan Nasi Ambang boleh dikatakan senang tapi Nasi Ambang boleh dijadikan significant kepada perpaduan orang Jawa mahupun Melayu. Mana taknya, Nasi Ambang bukannya boleh makan satu orang dalam satu talam jawa tetapi dlm satu talam jawa tu boleh dikongsi seramai 3-5 orang. Bayangkan, dalam satu talam jawa, kita suap sama2 Mmg akan terserlahla perpaduan di kalangan kita. Dalam satu talam jawa ni, ada nasi putih, ikan masin, kacang tanah goreng, serunding, ayam goreng setengah ekor atau ayam masak kicap dan satu jenis sayur. Nasi Ambang tidak memerlukan lauk berkuah sbb ia makan secara ramai2. Satu set Nasi Ambang boleh dimakan 3-5 org satu talam.

Kalau u all nak rasa makan Nasi Ambang, anda boleh pi kat Chatters Cafe kat subang jaya. Tapi kat sana, anda taklah makan nasi ambang secara ramai2 tetapi anda makan seorang satu talam (kecik) yg ada letak sumer ramuan Nasi Ambang. Satu pinggan tak sure laks bapa ringgit. So, kalau anda terasa nak pi makan nasi Ambang ni (tapi ingat sorang satu talam. ), anda boleh pergi ke Chatters Cafe & Restaurant di SS 17, subang jaya. Sebelum anda pergi ke sana, better anda call dulu sbb takut menu tu dah takder. No phone Chatters Cafe ialah 0356311586. Tapi kalau u all especially suri ramah tangga nak mengeratkan hubungan kekeluargaan, Nasi Ambang adalah penyelesainnya. Nasi Ambang sudah pasti akan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bayangkan, parents ngan anak makan dalam satu hidang yg sama. Nak resipi? Tapi sebelum tu, u all kene carik kedai pinggan mangkuk mana2 utk beli talam jawa tu. Resipi Nasi Ambang adalah seperti berikut:

Nasi putih
Ayam masak kicap (selalu nya 1/4 setiap hidang)
Sambal goreng (sayur campur orang jawa)
Serunding kelapa
Mee Hoon goreng
Ikan kering bulu ayam digoreng (ikan yang kecil2 bila digoreng rangup)
Ulam timun
Rempeyek kacang tanah atau apa2 keropok
Tempe goreng - Optional
Cara Hidang
1- Nasi putih diisi ke dalam dulang besar.
2- Letak ayam ditengah2 kemudian bahan2 lain dikelilingnya. Kadang2 tuan rumah sudah memberi sukatan iaitu kalau hidangan untuk 4 orang, bahan tersebut diletak secara berselang-seli samada 2 bahagian atau 4 bahagian. Kalau diletak satu bahagian setiap satu pun tidak mengapa.
3- Selalunya ade seorang menjadi wakil setiap hidang untuk membahagikan hidangan tersebut sama rata.

Selamat mencuba!
sumber: google

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI 8

epok-epok

merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggilcurry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.

Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

sumber : google

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI 7

ketupat

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.

sumber : google

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI 6

Bahan- bahan

250g daging lembu - potong nipis sepanjang 3cm.

Bahan Kisar (tidak terlalu halus):

5 cili kering (yang sudah direbus dengan air panas)
4 biji b awang merah
1 batang serai - dipotong
1 sudu kecil halia yang dicincang
1 sudu kecil lengkuas yang telah dicincang
1/2 camt jintan putih (disangai)
1 camB serbuk ketumbar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
1/4 camt serbuk kunyit
air asam jawa
2 sudu garam
campurkan 3 camB minyak dan 1 camB gula (untuk memberus sate apabila dipanggang atas bara)
3 batang serai -8-10 cm panjang, ditumbuk hujungnya dengan lesung dan digunakan sebagai pemberus sate)
15-20 lidi sate

Cara-cara:

Campurkan bahan yang telah dikisar bersama gula, kunyit, air asam jawa dan garam. Masukkan daging lembu and gaulkan rata bersama bahan kisar. Perapkan selama 4 jam.

Cucukkan 4-5 keping daging ke dalam lidi sate, pastikan penghujung lidi di tutup. Berus dan sapukan campuran minyak dan gula menggunakan batangan serai yang telah dihancurkan hujungnya. Panggang di atas bara api lebih kurang 3 minit setiap bahagian dan balikkan.

Hidangkan dengan kuah sate, timun, lontong dan hirisan timun.

Tips: gula dan minyak yang di gunakan sebagai berusan kepada serai adalah untuk membolehkan daging dibahagian luar lebih mersik dan sedap. Separuh orang juga akan memerahkan limau nipis ke atas daging untuk melembutkan dan mercepatkannya masak. Selain drpd. minyak dan gula ada juga menggantikan minyak dengan santan dan gula untuk disapu ke atas sate sewaktu sedang dibakar. Santan akan pecah minyak apabila dipanggang atas bara dan sate akan kelihatan berminyak juga.

sumber : google

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI 5

kuih lapis
Kuih lapis merupakan sejenis kuih yang terdapat di Malaysia. Kuih ini terdiri dari beberapa lapisan dan boleh didapati dalam berbagai warna, namun warna merah adalah warna tradisional.
sumber : google

kuih lapis

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI 4

sambal tumas telur

kandugan
  • cili
  • telur rebus
  • ikanbilis
  • tahu
sumber : google
rasa
  • manis
  • masam
  • pedas